31.3.11

Smile~

Bismillahirrahmaanirrahim.

Habis exam baru-baru ni, alhamdulillah dapat keluar hang out, makan-makan dengan seorang akak ni. Akak Yarmouk, ambil kos dakwah. :) Ada satu petikan kata yang dia kongsi yang terus zappppp terpahat dan terpaku pada diri saya.

Ada orang, dia paling ingat Tuhannya bila kesedihan bertandang.
Ada orang, dia paling ingat Tuhannya bila kegembiraan bertamu.
Hakikatnya, gembira dan sedih itu semuanya nikmat dariNya.
:')

Boleh rasa zouk tak ayat ni? Huhu..

Manusia ni, fitrahnya pelupa. Bilamana teruji, manusia sering dan senang lupa akan gandaan-gandaan nikmat yang Dia anugerahkan.

Ada orang yang kegembiraan dan kesenangannya bertali arus.
Ada orang yang kedukaan dan kesusahannya silih berganti.

Wujud dua jalan kehidupan berbeza.
Kerana bentangan dua nikmat Tuhan itu berbeza.
Dan kerana tingkat kesyukuran dalam menghargai nikmat Tuhan antara manusia itu juga berbeza.

Yakinlah hati, Dia Maha Tahu di mana posisi terbaik untukmu berada pada jarak paling minima denganNya.

p/s : babai tetamu~ sedih xsmpat borak lame2 ngan akak2 sume.. dtg Irbid lgi, sy bwk jalan2.. weekend yg letih dan sgt terisi! alhmdulillah.. ^^,

30.3.11

Nak ikhlas tak?

Bismillahirrahmaanirrahim.

Kelmarin baru habis exam Oral Physio. Alhamdulillah rasa bolehlah nak bergerak bebas kejap. Next exam will be on 6th and 7th april pulak. Bagi seluruh warga dentist, dapat gap exam 5 atau 6 hari macam ni, memang dah cukup nikmat dah.

Bila fatrah exam menghimpit, rasa beku seluruh kehidupan. Nak buat tu susah, nak buat ni tak sempat. Stamina kena kuat supaya tak pancit di tengah-tengah maraton exam yang berderet. Dalam konon-konon nak kuat tu jugaklah, macam-macam perkara akan terselit. Homesick lah, bebanan kerja sampingan lah, demam lah, kecewa result previous exam lah, dan macam-macam lagi lah. T.T

Dalam fatrah baru-baru ini, banyak insiden yang ingin Dia tarbiyyah tentang ikhlas.

Ikhlas.

"Ikhlas tu ibarat semut hitam, atas batu yang hitam, dalam satu tempat yang gelap". Ini petikan dari sesi tazkirah kat sekolah setiap hari khamis dulu-dulu. Huu.. How i miss those old days~ :')

*****

Pernah tak terfikir, kenapa kadang-kadang Allah takdirkan beban (baca : ujian) datang berturut-turut. Contohnya, di saat ada memikul tanggungjawab mengendalikan program atau ketika beban kerja sedang menggunung, dalam waktu itulah exam datang mencelah. Dan bila keputusan yang keluar tak seperti yang diharapkan, mampukah hati untuk redha?

Di situlah titik keikhlasan teruji. Ikhlaskah kita menunaikan tanggungjawab? Atau sekadar mengharapkan nama dan pujian di sebalik tugas? Atau sekadar terpaksa menyudahkan tugasan yang telah diterima?

Sedikit sebanyak pasti kita akan put the blame on kerja-kerja tu. Kononnya, sebab busy sangatlah result tak berapa ok. Jadi, betul ke bebanan tugas penyebabnya? Yakinkah 24 jam tu dah diguna seefektif mungkin? Tanpa sedar, dalam mengeluh itu dan ini, keikhlasan bekerja yang ada pada awalnya, mula terhakis sedikit demi sedikit. Oh, ruginya!
*Sgt trkena dgn point ini. Huhu.. Thanks utk yang berkongsi bicara ini.* :)

*****

Another one thing yang Dia susunkan untuk perjalanan tarbiyah minggu ni, juga tentang ikhlas.

Tapi kali ni bukan berkaitan tanggungjawab, tapi berkaitan ukhuwah. Weee~

"Ikhlaskan ukhuwah kerana Allah. Jangan buat sesuatu kerana mengharapkan sesuatu atau mengharapkan tempat dalam hatinya. Buat kerana Allah". *Oh, trkena lagi! Ngee.. Special thanks utk akak yg mnyumbang kata-kata ni.. Toce toce~*

It sounds simple but it really gives a deep impact on me yang sedang hardly trying to fill in any improvement's space yang still maujud in myself. Huuu.. ^^,

Alhamdulillah, hikmah-hikmah ujian datang mematangkan diri. Uhuk! :)

p/s : ahlen ahlen ya dhuyuuf~ seronok ade tetamu mantiqah lain.. And one announcement, at last Bayt Muslim dah ade vacuum..! :P

21.3.11

makan dulang

Assalamualaikum w.b.t.

Bismillahirrahmaanirrahim

Makan dulang?

Macam mana nak makan dulang? Gigit ke? Larutkan dalam air macam biskut baby ke? Huu..

Sejujurnya, saya mengenali dan mempraktikkan makan berdulang ni sejak datang ke bumi Jordan. Sebelumnya, hanya mendengar tentang amalan sunnah baginda ini, tapi tak pernah sekalipun berpeluang untuk mencuba atau amalkan perkara ni.

Mungkin sebab bukan budak asrama, jadi kurang terdedah dengan amalan ini. Bukan ingin jadikan alasan untuk tidak mengenali sunnah ini, tapi sahabat-sahabat yang terbiasa dengan amalan makan berdulang, kebanyakannya merupakan penghuni asrama sekolah sebelum ini.

Lagi-lagi, bila tiba masa makan di rumah, walaupun makan sekaligus semeja satu keluarga, tapi masing-masing makan beralaskan pinggan masing-masing. Dulang kecil ada di rumah tapi guna untuk keperluan lain, tak pernah terfikir untuk digunakan buat makan berjemaah.

Itu dulu-dulu.

Sekarang dah lain. :)

Duduk sakan kuning dulu, setiap hari akan makan dulang dengan team masak, unless kalau makan masakan berkuah. Tapi disebabkan dulang kepunyaan seorang ahli bait saya hilang sebelum pindah ke kediaman baru tahun lepas, dah lama juga saya tak 'berdulang' beramai-ramai. Kalau 'berdulang' pun, bila dijamu di rumah sahabat lain. Takpun, makan je sepinggan dengan kawan, anggap je lah si pinggan tu replace si dulang.

Minggu ni, tiba-tiba rindu nak makan dulang!

Dan satu hasrat di hati, balik bulan 6 ni, nak bawa dan perkenalkan amalan ni dalam keluarga di sana. Oh, tak sabar rasanya nak ajak mereka makan ramai-ramai. Makan ramai-ramai, nak-nak lagi dengan tiga-tiga adik lelaki yang dirindui, mesti meriah! Weeee~ ^^,

Kalau ikut hasrat hati ni, bukan setakat nak ajak kerabat-kerabat keluarga aje, tapi kalau boleh nak juga makan berdulang dengan sahabat-sahabat di sana. Daripada kita buat date keluar makan Pizza Hut atau KFC atau berkelah kat Masjid Terapung, kali ni kita makan dulang jom!

"I cook, u come, we dulang-dulang"
Kawan-kawan, ni moto kepulangan untuk kali ni ye.. ^^,

fuyoo nasi die...!

*****

Dalam sedar atau tidak, tiap-tiap amalan fitrah insani pasti ada tinggalan panduan daripada baginda. Bagi yang tahu, tinggal sama ada kita mahu beramal dengan sunnahnya atau tidak. Bagi yang detikkan niat untuk menghidupkan sunnah mulianya, ganjaran kebaikan pasti menyusul.

Benar, ini memang perkara simple. Tapi, perkara simple sebeginilah yang selalunya ramai orang terlepas pandang. Sedangkan yang simple inilah ruang terbaik untuk para umat menggandakan ganjaran amal.

Bila 'berdulang' ni, bukan setakat isi perut semata. Yang dah seharian tak bertemu, boleh bertentang mata bila 'berdulang'. Dah bosan suap diri sendiri, boleh mintak orang lain suapkan. Hehehe.. Tengok, dulang pun boleh jadi medan berkasih sayang yang hebat. :D

Makan ramai-ramai ni memang lagi cepat terasa kenyang. Kalau rasa tangki perut dah almost full, boleh tolak nasi kat portion orang lain. Kalau rasa macam tak cukup, curi-curi la sikit portion orang sebelah. Tapi tak jadi itsar la gitu. Huu.. +.+

Tapi tapi tapi, harus difahami di sini, bukanlah 'makan dalam dulang' itu yang menjadi subjek utama dalam meraikan sunnah baginda. Cukup dengan memahami konsep 'makan secara berjemaah' atau dengan erti kata lain, makan beramai-ramai makanan yang diperoleh dari satu sumber yang sama.

p/s : rase mcm nk demam. jgnla jgnla jgnla demam.. :(

10.3.11

Terus Menanti Di Sini

Assalamualaikum w.b.t.

Orang kata, "penantian tu satu penyeksaan". Betul ke?

Kalau terseksa dalam menunggu, mesti tak ramai yang suka nak menunggu-nunggu ni.

Bukti 1

Ada orang ajak keluar cari barang. Janji nak keluar pukul 2 petang. Bukan main lagi pukul 1.45 petang ni dah bersiap, tinggal nak melangkah sempadan pintu gate rumah je. Tengok-tengok yang tukang ajak keluar tu la yang lambat setengah jam. Tak pasal-pasal kena menunggu orang lain pulak. Kalau tengah free takpe lagi nak menunggu, tapi kalau banyak lagi kerja nak kena beres, teruji juga bila kena menunggu tu. =.='

Bukti 2

Masa sekolah dulu-dulu, habis je exam, mesti masing-masing terus buat satu kumpulan, riuh rendah duk pakat bincang ramai-ramai soalan exam yang baru jawab tadi. Dan sememangnya, setiap kali cikgu-cikgu melangkah ke kelas, semua mata akan fokus tepat pada tangan cikgu, sama ada kertas jawapan exam ada dikelek ataupun tidak. Kononnya, selagi tak dapat tahu markah exam, selagi tu hidup tak tenang, tidur malam pun tak lena.

Bukti 3

Bakar biskut dalam oven waktu Ramadhan sememangnya sangat memberi dugaan yang besar. Nak-nak lagi aroma biskut yang sangat mengancam. Tambah-tambah adik kecil yang belum mula berpuasa, makan biskut yang tengah panas-panas lagi depan mata. Kruk krak kruk krak tanpa peduli orang lain. Waktu macamtu, dalam hati berkobar-kobar tunggu waktu berbuka. 3 jam lagi.. 1 jam lagi.. 15 minit lagi.. Cepat-cepat, muzik ASDI dah main dah ni..! (ASDI: Amanah Saham Darul Iman) ni muzik promo sebelum diumumkan azan maghrib dalam Terengganu FM. Hehe.. Nostalgia betul.. :)

Tapi, betul ke semua penantian tu satu penyeksaan?

Satu perkara ni, saban hari saya tunggu tanpa jemu. Dari hari ke hari tak letih-letih menanti. Tapi tak pernah terseksa pula sepanjang penantian, cuma persoalan je yang banyak bermain di fikiran.

Kalau di kira-kira, agak lama la jugak menanti yang satu ni muncul. Pelik. Sepatutnya, waktu macam ni, dah lama dah nampak, kenapa tak muncul-muncul lagi sampai sekarang.

Ya, saban hari saya menanti bunga-bunga kuning dan putih muncul di sebalik lalang-lalang hijau yang melatari alam sepanjang ke jami'ah. Setiap hari tunggu.

Dua tiga minggu ni, bunga-bunga kuning dah mula membuka kelopak. Tapi tak banyak, sekadar di tepian jalanan sahaja. Hati teringin nak saksikan keindahan itu sekali lagi, keindahan seperti yang Dia pinjamkan untuk tatapan tahun lepas.

Mulut pun dah entah berapa kali bertanya kawan sebelah, "bilelah nak keluar ni..?" Entahlah, mungkin musimnya belum tiba, tapi sungguh hati ni rindu.

Hati gembira bila meneroka alam. Walau sang alam tiada akal, tapi alam mampu berkongsi kedamaian yang ada dengan hati.

p/s: Ya Allah, peliharakanlah sahabatku dari sebarang bahaya dan malapetaka. Berikan pertolongan dan perlindunganMu pada dirinya. Baru mendapat berita seorang sahabat yang sedang terancam.

24.2.11

Garam atau Gula?

Sekali lagi harini. Bila kira-kira, ni dah masuk kali kedua dah.
Ingatkan garam, rupanya gula. =.=' Oh, kalau adik kat rumah tau, memang confirm kena 'kata'.

Kali pertama dulu, masa goreng telur dadar. Bukan main confident lagi, lepas sesudu, sesudu lagi tambah. Kaman marrah sesudu lagi. Tahap confident yang sangat tinggi masa tu.

Bila makan, terfikir, "Kenapa telur dadar ni tak masin. Rasa macam dah letak garam banyak tadi." -.-

Bila pergi tanya ahli bait, rupa-rupanya semua ada rasa pelik dengan telur dadar tu, tapi semua senyapkan aje sendiri-sendiri, sebab masing-masing ingat tu style masakan untuk hari tu. Hehe. Bila pergi dapur dan check balik, memang sahla itu memang sugar container.

Maaf kawan-kawan. Tambah glucose sikit dalam badan ye. Hee..

Since that day, sangat berhati-hati bila nak letak gula atau garam. Betul-betul periksa yang mana satu halus, yang mana satu kasar sifatnya. Yang halus tu garam, yang kasar tu gula.

Nekad dah tak nak tersalah lagi. :)

Hari ni, masak ayam lemak cili api. Serius, rasa macam dah confirm nampak dalam tu ada partikel-partikel garam halus, tapi pandangan mata menipu lagi rupanya. It still the same mistake!

Oh tidak! Agak horror rasanya tadi, ibarat santan campur gula. T.T

Tapi alhamdulillah, bila adjust sana-sini, menu hari ni dapat diselamatkan dengan tenangnya. :D

* * * * *

Macam lumrah hidup jugak. Takkan terlepas dari buat keputusan atau tindakan yang salah. Never. Nobody wants to make mistake, but it may be happen sooner or later, who knows.

Even sesimple garam gula pun masih keliru, inikan pula sekompleks masalah diri seorang manusia.

Masalah perlu dikawal, bukan masalah yang mengawal tuan punya badan. Tapi kadang-kadang tuan punya badan masih boleh rebah dalam masalah bila emosi melangit tinggalkan rasional minda. Kuasa minda itu penting untuk revolusikan yang negatif-negatif menjadi sepositif yang mungkin.

And, there's always a room for improvement..! Grab it! ^^,

p/s : Alhamdulillah, Tuhan masih berikan daya untuk berfikir di sebalik kejadian dapur ni. :)
utk ahli beit, naseb bek taste buds korang trselamat kali ni tawww..

22.2.11

terima kasih kakak!

2 new messages. (?)

1 mesej dibuka, mesej kerja rupanya.

1 mesej lagi dibuka, speechless.
Mula-mula ingat mesej dari Jordan, rupa-rupanya dari orang jauh kat Malaysia.

Melukis kekuatan melalui proses kehidupan,
Bersabar saat tertekan,
Tersenyum di saat hati menangis,
Diam saat hati runtun,
Mengasihi tanpa syarat,
Maafkan sebulat hatimu,
Bertambah kuat dalam doa dan pengharapan.

thanks kak! this post is for u there. ia datang tak disangka, but i really need it right now.

bunyinya simple, tapi nak buat tu, bukan main susah. Bila baru betul-betul mampu jadi 'wanita cantik' macam yang akak cakap tu ea?

betul cakap sahabat sorang ni, "tarbiyah diri ni bukan sekejap".

emh, banyak betul ujian minggu ni. sabar je la. :)

p/s : blog terupdate gara-gara buat lecture notes. x puas menulis la kononnye..

29.9.10

Tatapan Untuk Kalian

Bismillahirrahmaanirrahim...

Aaaaaaaaaaaa!!!!

Gambar ape ni?????

Ni baru gambar, dah nampak seksa sangat jari-jari kena kelar macam tu..

Ni baru rasa sakit dunia..
sakit akhirat macam mana???

*insaf + takut*

27.9.10

Satu Ingatan...

Bismillahirrahmaanirrahim...

Tertarik kepada petikan kata-kata seorang ahli ibadah dari Bani Abdul Qais :

"Beribadahlah kepada Allah sebesar nikmat yang dikurniakan kepadamu.
Jika tidak boleh, maka beribadahlah kepadaNya sesuai dengan keampunanNya kepadamu.
Jika tidak boleh, maka beribadahlah kepadaNya sebesar rasa malu kamu kepadaNya.
Jika tidak boleh, maka beribadahlah kepadaNya sebesar harapan kamu akan pahalaNya.
Jika kamu tetap tidak boleh, maka beribadahlah kepadaNya sekadar rasa takut kamu dengan seksaNya."

Katakanlah (Muhammad), "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan seluruh alam."
(Al-An'am : 162)

7.9.10

Wake up!!!

Bismillahirrahmaanirrahim...

Baru selesai membaca blog-blog teman seperjuangan.

Konklusinya, kebanyakan blog meluahkan rasa gundah dek kerana melayan lagho semenjak pulang ke tanah air. Saya berfikir sejenak. Rupa-rupanya bukan saya sahaja yang merasakan demikian. Ya, sama seperti kalian. Gembira bukan kepalang, hampir menitis air mata pabila diberi peluang oleh-Nya untuk memeluk insan-insan tersayang sebaik tiba di bumi Terengganu ini.

Ya, sama seperti kalian. Bila waktu kian beransur, satu kehilangan kian terasa di dalam hati. Kita sama-sama rindukan tanah Jordan. Kerana di sana ada satu kekuatan untuk diri kita. Tapi, mana pergi kekuatan itu bila pulang ke tanah air? Saya masih tak mampu betul-betul gagah dengan istiqomah diri.

Ini semua boleh dijadikan penanda aras bagi mengukur tahap kekuatan diri masing-masing. Adakah kita tergolong dalam golongan hamba-hambanya yang leka dalam segala nikmat-Nya? Atau, kita berjaya menempatkan diri dalam golongan hamba-hambaNya yang sentiasa bersyukur dalam setiap kurniaan-Nya?

Moga waktu-waktu yang tersisa mampu saya gunakan sebaiknya.
Moga segala yang dirancang terjadi dengan sebaik-baik pelaksanaan.
Moga nikmat waktu lapang mampu menjadi saksi agar kita tidak tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi.

Daripada Ibnu Abbas R.A, Rasulullah S.A.W bersabda,
"Terdapat dua nikmat yang kebanyakkannya manusia sering lupakan iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang."
(Bukhari)

p/s : dah lame sgt9 x update blog since umah baru Joden xde tenet lagi. rase cam dah kekok nk brblogging blik. :)

26.6.10

Malas (?)

Bismillahirrahmaanirrahim...

Lamenye tak update blog. Walaupun sekarang tengah summer break, tapi kekangan waktu membuatkan saya tidak mampu mencelah masa untuk menulis entri baru. Mungkin kerana sibuk menguruskan segala urusan pemindahan rumah sepanjang cuti ini. Tapi alhamdulillah, pagi ini saya mencuri sedikit ruang waktu untuk menulis dang berkongsi sesuatu.

Dua tiga hari ni, hati tidak tenang lagi. Perasaan itu menjengah lagi ke pintu hati. Rasa serba tak kena, rasa kehilangan sesuatu, rasa gundah gulana. Bahana kecamuk jiwa terasa lagi. Oh, sangat tidak best perasaan ini.

Semalam, lepas maghrib, duduk seketika di surau sambil meneruskan rutin harian. Subhanallah, indahNya percaturan yang Dia telah rencanakan untuk hamba-hambaNya. di saat perasaan itu mula bermain-main di pangkal hati, Dia pertemukan aku dengan satu ayat-Nya yang indah.

Wahai orang-orang yang beriman!Bertakwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah (berjuang) di jalan-Nya, agar kamu beruntung. (Al-Maidah : 35)

Benar kata sahabat saya dahulu, al-Quran sebenarnya umpama sedang berbicara pada kita. Cuma kita antara sedar atau tidak sahaja. Sebelum ini, keadaan ini sudah pernah terjadi di saat saya dirundung kesedihan. Ada saja ayat-ayatNya yang indah dikirim untuk merawat rawan hati ketika itu. Bahkan sahabat-sahabat saya juga turut merasakan keadaan yang sama. MasyaAllah.

Alangkah ruginya andai tidak bersahabat dengan kalamullah. Kerana di situ Dia lampirkan petunjuk, di situ dia kepilkan kekuatan untuk hamba-hambaNya. Ku panjatkan syukur atas peringatan yang Kau hadirkan padaku. Alhamdulillah. Terima kasih atas apa yang Kau telah pertemukan untukku.

Ya Rabb, aku harap aku mampu ketepikan semua kemalasan yang membelenggu diriku tika ini. Mohon Kau tetapkan hatiku pada jalan yang terbaik. Jangan biarkan aku alpa dalam kemalasan diri yang erat menyelimuti. Jangan biarkan aku lemas dalam kemalasan yang melaut. Jangan biarkan aku terdampar dalam kemalasan yang aku ciptakan sendiri.

Malas, nyah kau dari sini...! Hee... Bukan senang nak lawan perasaan malas ni. Ohh, susah, susah. Musy sahel. Mujahadah kena tinggi. So, jangan pandang rendah pada perkataan malas. Nampak simple tp....

8.6.10

Melawan kesepian...

Bismillahirrahmaanirrahim

Kembara di tanah asing bukan mudah
sesekali rasa itu menyelinap jauh di hati
sunyi..

sepi..
sendiri..
walau jasad-jasad itu ada mengelilingi namun roh itu tidak hadir mendampingi

Sunyi..
mengapa?
mungkin kaffarah dosa yang lampau
mungkin juga masih wujud khilaf dalam diri
semua ini mungkin hijab bagi hati yang sedang mencari
mencari sesuatu

Sepanjang kembara aku mencari
mencari
dan terus mencari
mencari secebis kasih sayang

Apa erti sebenar bahagia?
gelak tawa?
tawa keriangan?
bagi diriku
bahagia itu tidak cukup dengan cara ini

Sepi...
hati tidak berdendang
linangan itu menjadi saksi
sukarnya pencarian ini
sampai bila...?

Sendiri...
rasa ini sentiasa menerjah
berkunjung ke sarang hati
namun entah bila akan berlalu pergi

Rindu...
rindu ini setia di pangkal hati
rindu pada kalian
rindu pada saat itu
rindu pada memori indah itu
mungkinkah mampu sama seperti dulu?

Ya Rabb...
kuatkan hatiku
biarkan keikhlasan setia menemani pencarianku
walau pahit kecundang itu sentiasa kurasa

Kini ku faham erti menghargai
hargai sesuatu yang pernah menjadi milik diri
kerana bukan selamanya akan terus dimiliki diri ini

Sayu...
kini di saat terukir segaris senyuman
hati sebenarnya masih berlagu pilu
sampai bila...?

Ya Rabb,
pertemukan aku dengan apa yang kucari
moga redhamu
mengiringi kembara ini
dan
mengiringi pencarian ini...

4.6.10

- Busy - ( mode : exam )

Bismillahirrahmaanirrahim...

Oyeahhhh!!! Exam datang lagi..! Final exam for second sem. Ape perasaan?? Takut + gerun + cuak + happy + pening kapla + ..... Perasaan sangat rojak ketika ini. Dah abes final ni nanti, cuti lebih kurang 2 minggu, then dah masuk sem soifi (summer sem) for about 1 and half month. Then, what's next???? Surely, off to Malaysia!! Insya-Allah tak lame dah nak balik Malaysia, nak balik Terengganu, nak balik Taman Nadi Putri. Tapi, tapi, tapi, kena terima hakikat, final ni tak abes pon lagi. Isyy, excited je yang lebih. Hehe. Anyway, exam VB yang agak kesusahan semalam cam bagi petanda yang next next exam pasni will be the same. Emmm, namenye pon final, mestilah quite difficult than before.
Jadual peperangan seterusnya :

Visual Basic : 3 Jun 2010
English 112 : 6 Jun 2010
Physics : 8 Jun 2010
Natural Resources : 12 Jun 2010

Environmental Protection : 15 Jun 2010
Organic Chemistry : 16 Jun 2010

For me, VB and OC are the most killer subjects for this sem. Based on the last exam, my overall muaddal (pointer) for these two subjects were the lowest among other subjects. Tapi takpela, nak buat camne, adat orang belajar.

Each time saya merungut exam susah, ma dan ayah selalu kate "Biasalah tu, mane ade belajar yang senang, sebab tu kena belajar." Then, teringat jugak kata-kata seorang sahabat ni "Jangan kata apa yang kita belajar ni susah, tapi mencabar." And ada sorang akak ni pesan, "Jangan kata bosan, jangan kata tak suka belajar, tu semua ilmu Allah." And till now, saya pegang kata-kata mereka ni. Tengkiu~

Anyway, doakan kejayaan dan kemudahan saya dan sahabat-sahabat lain di sini. Semoga perjalanan jihad ini diredhai dan dipermudahkanNya. Ameen. Untuk sahabat-sahabat lain yang nk ber'exam' jugak, bittaufeeq wannajaah..!

Ma, ayah, faris, adik, eby...doakan ya boleh buat molep2 exam final ni... Dop sabor nk balik Tganu nih...! Hehe..

21.5.10

Coretan Hati Saya Untuk Awak...

Bismillahirrahmaanirrahim...

Pada petang yang hening ini,
aku menulis untuk dirimu...

Sahabat,

Jujur ku katakan, aku san
gat diselubungi rasa bersalah pada dirimu ketika ini. Kerana aku tidak berada bersamamu ketika dirimu dirundung masalah dan aku sendiri tidak mampu memberi kata semangat padamu di kala kepayahan itu singgah dalam jalan hidupmu ketika ini. Setulusnya, aku sendiri merasakan diriku tidak layak dalam bab memberi kata-kata nasihat tika ini. Kerana aku tahu, setiap kata-kata itu akan diuji di kemudian hari. Aku juga seperti dirimu ketika ini. Lemah dan masih lemah hingga kini. Ketahuilah, andai kau rasakan dirimu terlalu lemah ketika ini, ada insan yang lagi lemah berbanding dirimu. Aku. Insan itu ialah aku. Andai kau lihat aku sedang tertawa, mungkin sahaja tawa itu sekadar pada zahirnya sahaja. Pernah dengar tawa dalam sendu??? Itulah aku sekarang. Masih bermain dengan emosi.

Tapi masih ku ingat, di saat aku lemah, kadang-kadang kau hadir bertanya khabar dan kadang-kadang kau berikan diriku semangat untuk terus bangkit. Kini, kata-kata yang pernah kau lafazkan padaku menjadi ujian dari-Nya untukmu. Awak boleh bangkit dari kelemahan ini! Awak boleh! Sebab saya kenal awak. Hati awak kuat. Tolong cari kekuatan itu kembali! Andai kau merasakan segala beban sedang jatuh menimpa bahumu, lihat insan-insan di sekelilingmu. Masih ramai yang dihempap dan dihenyak beban ujian berganda-ganda. Jika mereka mampu bertahan dalam emosi yang melilit erat, mengapa kau tidak mampu? Mengapa aku tidak mampu? Percayalah, kita mampu!!!

Sahabat,
Di kala aku terasa kelemahan diri sedang mencengkam diriku, aku bisikkan sedalam-dalamnya pada lubuk sanubariku, "Takpe, Dia berikan aku ujian untuk berikan aku kekuatan yang aku cari!!!" Bertahan dan terus bertahan pada tapakmu. Aku faham dan mengerti keperitan rasa itu. Hati semakin berperang dengan emosi. Hati sakit, jiwa kacau, emosi rapuh. Tapi di saat ini, aku tahu tiada siapa mampu berikan kembali ketenangan dan kedamaian hati melainkan Dia Yang Maha Esa. Di saat ini, doa dalam sujud menjadi satu kerinduan untuk mengadu dan menangis padaNya. Menangislah kamu! Menangislah sepuas-puasnya. Pasti kelegaan dan kepuasan bertandang ke hatimu sejurus kau mengadu padaNya. Indahnya nikmat yang Dia kurniakan selepas ujian itu Dia timpakan. Jangan kalah pada permainan emosi, mungkin sahaja sang syaitan sedang cuba menerobos pintu itu.

"Dia (Ya'Kub) menjawab, hanya kepada Allah-lah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (Yusuf : 86)

Sahabat,
Aku, kau dan insan lain hanyalah hambaNya yang kerdil dan hina. Kita layak diuji oleh Pencipta Yang Maha Agung kerana Dia lebih mengetahui setiap apa di luar pengetahuan kita. Redha dan teruskan berdoa. Pada detik kau rebah tersungkur dek dugaanNya, ketahuilah, kasih sayangNya sedang memelukmu erat-erat. Redha dan teruskan berdoa. Jiwa kamu perlu kuat untuk perjuangan seterusnya!!! Jiwa aku juga perlu kuat untuk bersama-sama denganmu meneruskan juang ini. Aku tahu, aku akan diuji dengan setiap bait kata yang aku coretkan disini. Aku tahu, aku juga akan kembali lemah selepas ini. Aku juga mengharapkan kau dapat berikan aku secebis kekuatan di saat aku pula dirundung masalah. Sahabat lain juga, sumbangkan kasih sayang dan kekuatan kalian. Mungkin masalah aku tidak sama dengan masalah yang kau hadapi, tapi, aku sendiri punyai masalah-masalah lain yang aku sendiri tidak tahu, mahu mula dirawat dari mana. Itu bukti kasih sayangNya padamu kerana sekurang-kurangnya kau tahu akar umbi ujianmu. Tapi macam mana kalau sumbu ujian itu tidak ditemui hingga kini??? Hmmm... Teruskan berdoa...

"Dan sungguh, kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu, dan akan Kami uji perihal kamu." (Muhammad : 31)

Sahabat,
Sudah norma alam, ada jiwa-jiwa kental, ada juga jiwa-jiwa rapuh yang masih mencari tunjang untuk berpaut. Mungkin dirimu masih tergolong dalam golongan jiwa-jiwa rapuh itu. Tapi tidak mengapa. Teruskan langkahmu menyulusuri onak perjalanan ini demi mendapatkan si jiwa kental. Di sebalik setiap onak ranjau itu, tersembunyi 1001 nikmatNya. Aku sedang rapat mendaki di belakangmu menuju taman nikmatNya. Oleh itu, kau jangan jatuh. Sekali kau jatuh, kau bawa aku juga jatuh bersamamu.

Sahabat,
Maafkan aku andai aku tidak terucap sebarang kata pabila bersamamu. Kini, aku curahkan segala kata hatiku untuk dirimu. Aku juga terseksa pabila hanya mampu memandangmu dari jauh. Bukan tidak mahu menghampiri, cuma aku bimbang aku tidak mampu. Kuatlah duhai hati...

"Maka Allah melindungi mereka dari kesusahan hari itu dan memberikan kepada mereka keceriaan dan kegembiraan." (Al-Insan : 11)

Ku labuhkan tirai kata-kata ini dengan kelegaan hatiku...
Akhirnya terlafaz apa yang terbuku...

p/s : maaf, post ni lambat di publish atas sebab-sebab tertentu. Mungkin ketika post ini dak publish, kondisi kamu da ok.. Neway, ceria-ceria sokmo k... ('',)

16.5.10

Indahnya Kalamullah...

Bismillahirrahmaanirrahim...

Al-Quran telah menceritakan kepada kita semua bahawa setiap makhluk diciptakan berpasangan, menunjukkan keajaiban pada angka 2.

Termasuklah dengan angka 7, yang antaranya simbolik kepada 7 lapisan langit dan bumi, 7 hari dalam seminggu, 7 nama syurga dan neraka. Malah Al-Quran diturunkan dalam 7 cara dan sebagainya.

Dengan itu tidak hanya angka 19 sahaja yang dianggap ajaib dalam Al-Quran, ternyata juga banyak lagi ‘hint/clue’ yang menunjukkan bahawa pemilihan kata dalam Al-Quran oleh Pencipta Yang Maha Agung Allah s.w.t. dibuat “seimbang”, misalnya ikuti fakta-fakta berikut:

Jumlah kata dihitung dari teks arabnya:

Jumlah Kata Yang Berlawanan

1. Hidup (al-haya_h) : 145
2. Mati (al-mawt) : 145
3. Perbuatan baik (ash-sha_liha_t) : 167
4. Perbuatan buruk (as-sayyi’a_at) : 167
5. Dunia (ad-dun-ya_) : 115
6. Akhirat (al-a_khirah) : 115
7. Ucapan terang (al-jahr) : 16
8. Ucapan tersembunyi (al-alaniyah) : 16

Jumlah Kata Yang Berhubungan

1. Syaitan (syaytha_n) atau (syaya_thi_n) : 80
2. Malaikat (mala_ikah) atau (malak) : 80
3. Mereka berkata (qa_lu_) : 332
4. Katakanlah! (qul) : 332
5. Kecintaan (al-muhabbat) : 83
6. Keta’atan (ath-tha’aat) : 83
7. Hidayah (al-hida_yah) : 79
8. Rahmat (ar-rahmat) : 79
9. Keselamatan (as-salaam) : 50
10. Kebaikan (ath-thayyibaat) : 50
11. Kesukaran (asy-syaddah) : 102
12. Kesabaran (ash-shabr) : 102
13. Musibah (al-mushi_bah) : 75
14. Bersyukur (asy-syukr) : 75
15. Iblis (al-ibli_s) : 11

Memohon perlindungan Allah (dari iblis):

1. (al-isti’a_zhatu billaah) : 11

Berkaitan dengan fakta zaman

1. Jumlah kata “jam” : 48
2. Jumlah kata “hari [tunggal/singular]” (yawm): 365
3. Jumlah kata “hari-hari (jamak/plural)” : 30
4. Jumlah kata “bulan” (sahar) : 12
5. Jumlah kata “tahun” (sanah) dan bentukannya: 19
6. Jumlah kata “tahun [tunggal/singular]” (al-sanah) : 7
7. Jumlah kata “tahun-tahun [jamak/plural]” (sanah) :12

sumberhttp://hamowins.blogspot.com

Masya Allah,, sungguh indah karangan ayat-ayat cinta-Nya buat kita..

15.5.10

Palestin Memanggilmu...!

Bismillahirrahmaanirrahim...

Masih terngiang-ngiang di telingaku kata-kata seorang pemuda Palestin yang kutemui lebih kurang 3 minggu yang lalu, "You should be sad with this. This is not our (Palestinians) land. This is not Arabian's land. This is YOUR land, this is ISLAM's land..!"

Kata-kata ini sangat menyentuh hati. Ini kata-kata dari seorang pemuda Palestin yang masih mengharapkan kebebasan bagi negaranya yang telah dirampas rejim Israel. Tatkala mendengar kata-kata itu, baru saya faham dan mengerti. Nun di sudut hati mereka, tersimpan satu hasrat, satu pengharapan agar semua umat Islam bangkit mempertahankan hak Palestin sebagai tanah Islam. Bukan hanya bergantung dan berharap kepada rakyat Palestin sahaja untuk terus berjuang mengambil kembali hak yang telah dirampas.

Hari ini 15 Mei 2010. Genap 62 tahun yang lalu, peristiwa hitam Nakbah Palestin telah tercatat dalam sejarah. Mungkin ada yang masih kabur atau langsung tidak tahu apakah peristiwa yang tersurat di sebalik tarikh ini. Mari kita kenang dan singkap kembali tragedi hitam yang telah terakam dalam sejarah Palestin.

Artikel ini dipetik dari hasil nukilan Prof. Madya Dr. Zainur Rashid bin Zainuddin, Perunding Aman Palestin.

Noktah-noktah Penting 62 Tahun Nakbah Palestin

Apa itu Nakbah?

NAKBAH bermaksud MALAPETAKA atau BENCANA BESAR. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada pengisytiharan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara rasminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya pendudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB.

Apa kesan awal utama Nakbah ?

  1. Nakbah menyebabkan hilangnya negara Palestin daripada peta dunia antarabangsa.
  2. Lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (800 ribu orang daripada 1.4 juta) diusir ke luar negara dan 30 ribu lagi diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.
  3. 478 daripada 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948 telah dihancurkan yang melibatkan lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Di manakah testimoni Nakbah?

Terlalu ramai dan banyak…..

Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup menceritakan, “Saya melihat seorang tentera pengganas Zionis memegang saudara saya, Saliha al-Halabi yang hamil 9 bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh. Pengganas Zionis tersebut mengambil sebilah pisau lalu membelah perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang telah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu”.

Kem Pelarian Nahrul Barid, Lubnan 1948

Apakah realitinya setelah 62 tahun Nakbah?

1. Penjajahan dan penindasan yang berterusan sehingga mereka berjaya merampas lebih daripada 90% dari keseluruhan bumi Palestin.

2. Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu di kalangan mereka kini merengkok di dalam penjara Israel.

3. Sekatan ekonomi yang dirancang kemas sehingga orang-orang Palestin tersepit, menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.

4. Anak-anak Palestin yang telah dinafikan hak untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil.

5. Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia yang menyekat penghidupan rakyat Palestin serta menjadikan Palestin sebagai penjara yang terbesar di dunia.

6. Seramai 6.45 juta di kalangan rakyat Palestin adalah pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 62 tahun yang lalu. Inilah kes pelarian yang paling lama dan perit di dalam sejarah peradaban dunia.

7. Pembunuhan dan penyiksaan yang berterusan terutamanya di Gaza yang merupakan krisis kemanusiaan terhebat di abad ini.

8. Peningkatan serangan ke atas al-Quds oleh ekstremis Zionis yang mencabul kehormatan dan kesucian al-Quds serta projek pembinaan kuil Yahudi di perkarangan Al-Aqsa.

Apakah rancangan jangkamasa panjang mereka?

  1. PengYahudian Baitul Maqdis dan pembinaan Kuil Yahudi ’The Solomon Temple’.
  2. Pembinaan Israel Raya atau ’The Greater Israel’.
  3. Menguasai dunia antarabangsa keseluruhannya.

Synagogue Yahudi yang baru dirasmikan, jaraknya 100 meter dari Qubbatus Sahra

Apakah mereka akan berjaya di dalam cita-cita ini?

Tidak

Apakah bukti-bukti kegagalan mereka ?

  1. Kegagalan mereka untuk membina ’The Greater Israel’ walaupun setelah sekian lama mereka menjajah Palestin.
  2. Gaza kembali ke tangan Palestin dan Golan Height pula ke tangan Syria.
  3. Intifadhah menyebabkan merudumnya ekonomi Israel dan hilangnya ’rasa selamat’ di kalangan orang-orang Israel.
  4. Penghijrahan lebih 700 ribu orang-orang Israel yang melarikan diri pulang ke negara-negara Barat sejak tahun 2000 lagi.
  5. Generasi muda Yahudi mereka tidak berminat untuk mempertahankan agenda Zionis.
  6. Gagalnya regim Zionis dengan sokongan penduduk seramai 5 juta orang dan Amerika sekutunya untuk mengalahkan Gaza yang hanya mempunyai seramai 1.5 juta penduduk.
  7. Perjuangan umat Islam yang semakin kuat dan mendapat tempat di kalangan oarng-orang Palestin, bangsa Arab dan umat Islam di seantero dunia.
  8. Dan tentunya disebabkan janji-janji Allah dan Rasulullah s.a.w.

Perjuangan sudah sebati dengan kehidupan rakyat Palestin

Apakah cara terbaik untuk memenangi kembali Palestin dan al-Aqsa?

Tidak boleh tidak, kita mesti mencontohi perjuangan generasi silam seumpama mencontohi kejayaan generasi Solahuddin al-Ayyubi dengan…

  1. Menjadikan matlamat perjuangan adalah untuk menegakkan kalimah Allah swt.
  2. Membina generasi yang bertaqwa kepada Allah dan memelihara diri daripada maksiat.
  3. Membuat persediaan perjuangan yang sempurna dan amat mengambil berat terhadap isu pembebasan Al-Aqsa
  4. Menyatukan kekuatan umat di bawah sistem yang satu.
  5. Menjadikan isu pembebasan Al-Quds sebagai isu Aqidah dan isu umat Islam.

Marilah kita bersama-sama merenung kembali ayat Al-Quran:

“Janganlah kamu merasa lemah dan janganlah bersedih, kerana sesungguhnya kamu adalah lebih tinggi martabat daripada mereka sekiranya kamu beriman.” (Surah Ali Imran: 139)

Semoga kita bertemu di Baitul Maqdis.

9.5.10

Karya Buat Ma..

Puan Nik Hasni Nik Zin.
Ya, dia ibuku.
Bondaku tercinta.
Ibu yang sentiasa bertakhta di hatiku.
Dan akan terus bertakhta di situ buat selamanya.

Ma,

Sungguh, pabila berada di kejauhan ini,
Kerinduan itu sangat ku rasai.

Semakin hari semakin menebal di sudut hatiku ini.
Ingin sahaja ku berada di sana,

Ingin ku cium tanganmu,
Ingin ku cium kedua-dua pipimu di pagi hari,

Seperti dahulu kala.

Ma,

Terima kasih atas segalanya.

Terima kasih atas pengorbananmu yang tidak berkesudahan,

Pengorbanan yang kau lakukan sedari saat melahirkan anak-anakmu untuk menjengah dunia.

Terima kasih atas curahan kasih sayangmu,

Kasih sayang yang tiada bertepi, tiada mengenal erti sempadan.

Terima kasih atas setiap mutiara kata-katamu,

Kata-kata yang akan ku semat dan menjadi penyuluh hidupku.
Terima kasih atas semangat yang kau alirkan dalam diriku,
Semangat yang buatku bangkit di kala kekecewaan mula bertapak.
Terima kasih atas segalanya.

SELAMAT HARI IBU

Ku tahu,
Kata-kata ini terlalu simple untuk diungkapkan kepada seorang wanita hebat dan berjasa sepertimu.
Tapi satu yang kumahu dirimu tahu,
YA SAYANG MA...

Buat Insan-insan Tersayang..

Buat kalian yang amat aku sayangi.. Entri kali ini istimewa buat kalian.. Semoga ulangtahun kelahiran kalian kali ini menjadikan kalian sebagai hambaNya yang lebih baik dari sebelum ini.. Ketahuilah, anakmu/kakakmu di kejauhan ini sentiasa mendoakan kebaikan dan kesejahteraan buat kalian di sana.. Kuharapkan cinta dan redhaNya sentiasa menyulami dan menemani setiap nafas kalian.. Semoga pertambahan usia tahun ini diiringi mawaddah dan hasanah dariNya..

20 April 2010, Selasa...

SELAMAT HARI LAHIR AYAH...

*fatrah exam bermula...started with EP..

28 April 2010, Rabu...

SELAMAT HARI LAHIR EBY...

*masih dalam fatrah exam...

2 Mei 2010, Ahad

SELAMAT HARI LAHIR MA...

*fatrah exam berakhir...ended with OC..

9.4.10

Rama-Rama Itu Idaman Kalbu...

Rama-Rama dan Wanita
www.iLuvislam.com
Dr. HM Tuah

Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jemari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi dan diidamkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada ketulenan dirinya menjaga maruah dan nilai diri.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.
Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan.

Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu diri dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu diri digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan kamu dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Kamu tidak muncul sendiri, sebaliknya kamu adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak kamu ialah memelihara kehormatan. Selama mana kamu memelihara kehormatan dan maruah diri, kamu berada pada posisi terbaik. Tetapi, sebaik sahaja kamu tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, kamu sudah kehilangan masa depan. Andainya rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika kamu tidak pernah tahu kewanitaan kamu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, kamu ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga dirimu??? Semakin sukar kamu dimiliki semakin mahal nilai dirimu di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi dirimu. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna badanmu. Setelah warna- warna itu hilang dirimu dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, kamu akan lebih dihormati. Nilai kamu bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki dirimu tetapi berapa ramai yang benar-benar menyintai kamu kerana ingin menggapai redha dan cinta-Nya bersamamu. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah dirimu masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?" Baginda menjawab, "Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih, berpakaian hijau dan berperhiasan kuning...(hingga akhir hadis)" (riwayat at-Tabrani)

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam...
Semoga diriku dan dirimu umpama bidadari solehah yang menghiasi kehidupan alam...

3.4.10

Aduhai, imtihan datang lagi!!!

Bismillahirrahmaanirrahim...

Salam imtihaan pembuka layar bicara...
Entri kali ini khas ditujukan buat sahabat-sahabat yang bakal berperang di medan peperiksaan...

Usaha gigih telah kamu curahkan, sibuk bersengkang mata di saat tirai dinihari menjelma, bab demi bab kamu khatami. Benar, mungkin ada masa, kamu terdiam, hati kecilmu mengeluh keletihan.

Duhai sahabat, jangan mengeluh! Dia pandang, Dia tahu setiap kesukaran yang kamu alami. Usah bimbang, ganjaran manis sudah pasti tersedia untuk dirimu atas setiap kejerihan yang kamu hadapi. Yang penting, teruskan perjuanganmu dengan ikhlas kerana-Nya. Sesungguhnya Dia Pemilik Hamparan Ilmu Yang Maha Luas.

Ya, kamu perlu mengerah fikiran memikirkan hidangan jawapan terbaik demi mengharapkan sasaran jawapan pilihan hati itu tepat mengena! Tenangkan qalbumu, lapangkan fikiranmu, usah gentar dek bahang peperiksaan itu. Kembalikan tawakkalmu kembali pada-Nya. Paksikan segenap kepercayaanmu pada janji-Nya.

"Kerana itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakkal."
( Ali-Imran : 122 )

Kamu mampu! Selamat berjuang wahai sahabat...!!!

Semoga kejayaan dan redha-Nya sentiasa mengiringi perjalananmu dihiasi mutiara-mutiara ilmu yang telah kamu cari di dasar pencarian yang serba luas. Semoga jiwamu tenang-tenang sahaja bersemuka dengan sang soalan yang licik. Sekali lagi, gunakan kuasa tawakkal yang ada pada dirimu.

"Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin untuk menambah keimanan atas keimanan mereka (yang telah ada)."
( Al-Fath : 4 )

Bittaufeeq wannajaah lil imtihaan! ('',)

Pabila sanubari kecil berbisik...

...RENUNGAN SANUBARIKU...

Air mata

Usah kau usai, usah kau merantai jatuh ke bumi lagi
Hati
Jangan kau lemah, jangan kau alpa lagi
Kamu mesti kuat!!!

Ya Rabb Ya Maha Pengasih
Aku dambakan cinta-Mu sebelum cinta insani itu berkunjung ke hati
Andai dia bukan untukku
Hilangkan perasaan ini dari hatiku
Kuatkan hatiku bermujahadah
Melawan segala onak dan ranjau hati
Dalam perjuanganku meniti titian seni menuju cintaMu

Ingin ku dakap cintaMu yang agung
Ingin ku rasai nikmat cintaMu yang suci
Sebelum singgah cinta insani di hatiku
Andai tiba detik cinta insani itu hadir
Biarkan rasa itu terjalin bersulamkan cinta kami padaMu

Ya Rabbul 'Izzati
Sudikah Kau menerima cintaku yang hina dengan longgokan dosa ini???
Kumohon keampunanmu untuk diri yang sering lalai dan alpa
Semoga rahmatMu sentiasa hadir mendampingiku
Mengiringi duniawi dan ukhrawiku...

p/s : this is one of my favourite videos...really2 give 'something' to me..thanx to my dearest friend who introduced me to this video..