29.3.10

Entri khas buat si kecil yang comel-comel...

Bismillahirrahmaanirrahim...

"K.ena,,nk iv ni nk kne prepare nape eh?"
"K.ena,debow ah nk intrbiu nih.."
"K.ena,,ade tips nape2 dop nk g intrbiu nih??"
"k.ena,nk ckp gane erh ekgi dpn ye?"

Menjelang musim interview, saya percaya ramai adik-adik mula terasa bahang debaran itu kembali. Dulu, berdebar menanti keputusan peperiksaan SPM. Kini, debaran itu bertukar menjadi debaran untuk menanti detik di'bedah siasat' oleh interviewer. First of all, k. ena ucapkan tahniah buat adik-adik SHAMS yang akak sayangi sekalian. Macam mana sekalipun result SPM adik-adik, InsyaALLAH itu merupakan yang keputusan terbaik yang dikurniakan Allah untuk adik-adik. "Allah tidak berikan apa yang kita inginkan tapi Dia berikan apa yang kita perlu.."

Sejurus dapat keputusan masing-masing, k.ena yakin, adik-adik ni mesti confused nak pilih untuk teruskan pengajian dalam bidang apa. Waima, sebelum keputusan keluar lagi, beberapa orang junior sudah mula rancak buat survey awal tentang bidang kerjaya tertentu.
Anyway anyhow, I know all of u can make a wise decision to decide your best life path, InsyaAllah..

I'm a dentistry student in Jordan University of Science and Technology under the JPA scholarship. This evening, i just got the news that JPA's interview session this year is going to be on this coming 5th April. So, entri kali ini k.ena post khas buat adik-adik SHAMS yang nak hadapi interview tak lama lagi. Actually, tahun lepas k.ena ada siapkan satu guideline for interview and I already gave it to Cg. Man. Tapi, k.ena tak sure whether Cg. Man will give you that copies or not. Kalau Cg. Man tak bagi, k.ena harap these tips below can help all of you to get prepare for the interview.
Apa yang k.ena share dengan adik-adik ni, semuanya based on my own experienced last year.

Before the interview :

1. Prepare smart dress (pkai bju kaler light2 aje, klu bleh elak pki yg kaler terang2 n trlalu crowded wif corak, simple is nice + tudung kaler light jgk n biar kmas + BLAZER + kasut brtutup yg kemas)

2. Prepare documents (susun ikot ape yg JPA nak. Awk ade dpt list dokumen kn,,ikot je list yg JPA kasik tu. Then, klu part sijil2 tu,,k ena suggest awk ssn ikot level. Stat wif kbgsaan>negeri>daerah>skul. Klu blh,,biar fail awk tu nmpk organize. Biar org JPA tu dah put a good impression ble tgk fail awk tu. Okesss??? Slmt ssn sijil2 tu yep~)

During the interview :

1. Relaks itu penting. Seriously, adik-adik maybe akan rasakan a little bit nervous bila menunggu turn nak masuk dalam interview room tu. So, do take your time to relax and be calm.

2. Walk confidently. (jgn jln lesu2,,jln biar ade konfiden,,jgn jln seret2 kasut plop,,REJECTED!hehe...klu pkai high heel,,make sure awk slesa ngan ksut tu,,jgn smpi nk jln pon x slesa..then,klu la tmpt tu xde carpet,awk control sket jln so dat kasut tu x brbunyi keletuk keletak sgt, gpon x manis kn klu tarik prhatian org nih...^-^)

3.
Greet the interviewers. (bg salam leklok n hulurkn tgn ngan penuh adab pd intrviewer tu. Mcmmne nerves pon awk tym tu, muke kne still snyum k,,dont show to them yg awk tym tu tgh nerves,,nnt lg sng kne attack..bermanis muka k..smile~)

4.
Sit according to what have been arranged for you. (nnt awk akn dpt no msing2. Tym k ena dlu, skali masok 5 org n kalu x silap k ena dpt no 4.hee..tgk taon ni awk dpt no wape plop..so,nnt msuk lam blik tu,korang bratur siap2 ikot no. so dat nnt lam blik tu x bolok' nk amek seat msg2..)

5.
Sit properly. (dduk sopan2 nnt k. Duduk n tegakkan badan. Jgn silang kaki,,even klu lam forum pon x lulus silang kaki apatah lg nk intrbiu ni. Klu nnt gune krusi yg blh pusing2 tuh, awk jgn plop maen pusing2 krusi, klu bleh statik je..Nnti kire cam kurg adab lop dpn dye..huuuu..)

6.
Part 1 of interview - introducing yourself. (Tym ni la yang k ena kate pulun abes2an tu..tym ni la pluang yg ade utk awk promot dri btol2. Part intro ni klu blh awk masyi la,,praktis siap2 ayat-ayat cinta awk tu nnt..huhhhee..)

7. You'll be asked either in Malay or English. If you're asked in Malay, answer in Malay n vice versa.
(Tym intro tu pon, k.ena dpt choice sme ade nk introduce lam BM @ BI. Then, k.ena wat lam BI. K.ena suggest kat awk,,awk prepare jgk la awl2 lam BI tu sbb mne taw in case awk dpt panel interviewer yg mmg suoh speak in English nnt. At least ble da prepare, awk xde la serabut2 klu tibe2 dye suoh wat in English..Expect 4 the worst k!)

8. You would be asked about the country you would like to pursue your studies. (Ni antara soklan yg awk leh expect n awk prepare mantap2 utk jwpn soklan ni. InsyaAllah soklan ni mmg dye akn tnye kt awk nnt. Klu bleh, jwpn msti logik n bernas,,x moh r jwpn yg statik n common je. Try to gv ur bez reason k..!)

9.
Part 2 of discussion - discussion part. (Supposedly ade discussion part. Tp tym k.ena pnye turn,,ktorg xde lop part discussion ni. k ena juz dpt individual questions je tym tuh. Klu x silap,,ni soklan2 yg k.ena dpt.
- Masalah sosial remaja kini semakin berleluasa. Di manakah impak bagi pelaksanaan program2 yang telah dianjurkan oleh kerajaan. Tidakkah anda fikir pelaksanaan program kemasyarakatan seperti PLKN hanya membuang masa dan membazir wang kerajaan?
- Describe in one word, what is the best criteria a doctor should have in their self.
- Kehidupan sebagai doktor ni sememangnya sibuk dan terasing dari sosial masyarakat biasa. Kamu mungkin dihantar untuk berkhidmat ke ceruk2 pedalaman Sabah @ Sarawak utk bertugas. Adakah kamu sanggup dan adakah kamu rasakan gaji doktor sekarang setimpal dengan tugas mereka?

10. One person should volunteer to start. (Bila awk dpt start discussion tu, awk da tnjukkn ur confidence n gud leadership. tp make sure bile awk nk stat frst awl pon,awk mmg da ade concrete answer 4 dat questions..Tp tym k.ena dlu,org len brebut nk angkt tgn cpt2,,so k ena biar dlu. Smbil2 tu kte pk the bez answr yg mmpu kte pk dat tym. n Klu bleh, avoid la jd org plg laz nk jwb.)

11.
However, if you don't have ideas, try to become the second by agreeing, or arguing the statements made by the first person.

12. This would make sure, you would be in the discussion. It is a bit risk if you start late bcoz the topic could be converging @ diverging, making u blurrrr..

13. If you have many ideas to talk, dont dominate the group.
(besides to show your confidence, awk pon kne show your tolerance wif people k..hormat pndangan n pndpt org n bg jgk org len pluang nk utarakn pndpt dyeorg.In case awk x stuju pon dgn pndpt dye,awk bleh suarakn pndpt awk sndri, tp in a gud manner la...okes??)

14. The most important things about JPA interviews is talk and talk. Don't think too perfect about your words, yet too nonsense or annoying. (ingt dik,,jge adab2 brckp nnt k,,ckp biar jelas n mudah dyeorg phm. X prlu ckp laju2,cool n steady je ek..)

15. Dont talk about political issues, race issues, religious issues and issues that against the constitution of government. (Beware wif these ye dear!!!jgn trshashul2 ttg nde2 snsitip gni..bhye2.....)

Adik-adik, rasanya ni sahaja yang mampu k.ena kongsi tentang pengalaman akak lalui detik-detik temuduga tahun lepas. Semoga entri kali ini dapat membantu adik-adik figure out the coming situation nanti. Be prepared mentally and physically. K.ena yakin adik-adik semua mampu do your bez for this coming interview. InsyaAllah kheir 'alaa kulli haal...Bittaufeeq semua!!!

p/s : sori dik k.ena trpksa wat lam blog gni,,bkn ape,,sometimes k.ena tak sempat nak taip semua perkara yang sama untuk adik-adik yang bertanya. So, kalau through blog ni, k.ena ase senang sket k.ena nak share dengan adik-adik semua... Dik, kalau masih ada persoalan @ apa2 nak tanya lagi, try buzz my ym k.. Tp insyaAllah, rasanya Cg. Man pun nanti akan dedahkan korang semua dengan perkara2 ni. No worry my dearies!!!

*entri ni dirujuk dari sumber JPA Scholarship Interviews and Tips.
*sory ada bahasa2 shortform yang illegal lam Dewan Bahasa + kerojakan melampau.
* ('',) camne2pon, walaupun kat atas td k.ena x sebut, tp TAWAKAL + NIAT IKHLAS itu jangan dilupa ye adik-adik. Mohon dipermudahkan semua urusan. Camne2pon, tetap kembali pada Yang Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui..

"...Trust Allah, and you'll be the happiest person in this world..."

27.3.10

Dari sahabat untuk sahabat...

Di jalan Allah,
Persahabatan ini bukan milikku,
Bukan jua milikmu...
Persahabatan ini adalah perancangan Allah,
Yang mengetahui segala rahsia...
Kerana Dia aku mengenalimu,

Dan kerana Dia juga telah menetapkan
,
Kita mengukir 1001 kenangan bersama...

Persahabatan ini,

Sudah pasti terisi dengan tawa dan duka...
Hati dan perasaan adalah milikNya,
Kita meminjam untuk seketika,
Kenangan yang diukir,
Memori yang dilukis,
Kita tanamkan dalam diri,

Supaya sentiasa subur bersemi...

Kasih sayang, perintah Ilahi,
Ukhuwah sahabat sejati,
Semoga berterusan duniawi ukhrawi.....

Ini Kisah Cinta Perjuangan...

"Enti menangis..?"
"Untuk apa ana menangis, bukankah enta selalu pesan, jangan menangis kerana manusia."
"Habis, mata enti berair?"
"Mata ana masuk habuk. Kebelakangan ni, selalu sangat mata ana ni berair."
Aku tersenyum. Alasan ni dah lapuk sebenarnya, seingat aku semasa aku berumur 7 tahun, aku sudah tidak percaya alasan 'masuk habuk' yang menyebabkan mata seseorang berair. Filem-filem Melayu yang mengajar aku.
"Ana tahu enti menangis.."
"Tidak…!! Tak faham-faham ke?!" Dia tiba-tiba membentak.
"Oklah.. oklah.. mata enti masuk habuk. Ginilah, kapal terbang akan bertolak besok pukul 7.00 petang. Kalau enti nak hantar pun hantarlah. Kalau tak nak pun, kapal terbang tu tetap akan bertolak. Ana pergi cuma 2 tahun, tak lama.." "Insya-Allah ana akan hantar. Tapi kalau ana tak hantar pun, ana harap enta tidak kecil hati. Ana takut berlalu fitnah. Maklumlah, kita bukannya diikat dengan ikatan yang sah lagi. Sekadar pertunangan…"
"Pertunangan bukannya ikatan yang sahkah..?"
"Bukan itu maksud ana, namun setidak-tidaknya ia kan boleh putus bila-bila masa sahaja. Sekali dihempas ombak, sekali pantai berubah.."
"Pantai berubah kerana ombaklah tunangnya. Cuba jika bulan menjadi gerhana, atau matahari hilang sinarnya, berubahkah pantai?" Aku berfalsafah. Dan memang dia akan selalu kalah kalau beradu bahasa denganku. Temannya yang sering dibawa apabila berjumpa denganku tergelak kecil. Satu sokongan moral untukku.
"Enta punya pasallah. Ana nak pergi. Jumpa lagi besok. Assalamualaikum.." Aku tidak menjawab salamnya. Bukankah menjawab salam dari seorang wanita yang bukan mahram hukumnya makruh?

…………………………………………

"Ana tak setuju dengan pandangan ustaz!!" Seorang muslimah bangun membentak. Aii.. ada juga yang berani rupanya. "Bukankah demokrasi telah lama memperdayakan kita? Adakah Rasulullah SAW berjuang untuk mendapatkan kuasa baru dilaksanakan syariah seperti yang terdapat dalam hukum demokrasi..?" Dia berhenti seketika. Mengambil nafas rasanya. Ini baru kali pertama aku melihat dia bangun berucap di khalayak.
"Kalaulah demokrasi boleh gagal di Turki, boleh gagal di Algeria, kenapa tidak di negara kita? Ustaz bercakap terlalu yakin dengan demokrasi. Di mana pula komitmen ustaz terhadap pembinaan tanzim seperti yang diajar oleh Hassan Al-Banna dan Syed Qutb?" Suasana semakin bising. Apabila seorang pembentang kertas kerja seperti aku ditentang di khalayak ramai, ia satu kejanggalan yang ketara. Sekalipun Dewan Badar ini sudah cukup sejuk, namun ia tetap 'hangat' pada malam ini.
"Ana rasa ustazah sudah silap faham terhadap pandangan ana. Ana cuma ingin menyatakan, kadang-kadang demokrasi boleh digunakan untuk mendapatkan kuasa selagi mana diizinkan. Ciri demokrasi yang paling ketara ialah pemilihan pemimpin melelaui majoriti. Bukankah Abu Bakar sendiri dipilih melalui majoriti dan bai'ah? Bezanya, bai'ah dahulu dengan tangan, manakala sekarang dengan menggunakan kertas undi. Yang penting, kerelaaan!"
"Baiklah. Cuma ana ingin bertanya, adakah ustaz berpandangan bahawa demokrasi ialah satu-satunya cara untuk memastikan kedaulatan Islam di bumi kita?"
"Hmmm.. sehingga sekarang, ya. Kita masih boleh bergerak bebas, gunakanlah ruang yang ada sekadar yang termampu." "Maaflah ustaz. Ana tidak mampu untuk bersetuju dengan pandangan ustaz." Dia menamatkan 'soalannya' lalu mengambil tempatnya kembali. Aku terkesima sendirian.

………………………………………

"Kau kenal dia Abdullah?" Aku memulakan pertanyaan yang sekian lama tertanam di dalam benakku. Abdullah berhenti menyuap nasi, memaku matanya ke wajahku. Sekarang aku nekad, sekurang-kurangnya aku harus mengenali orang yang begitu berani menongkah pendapatku di tengah khalayak. Suasana di restoran sup tulang yang biasanya sibuk dengan pelanggan malam ini nampaknya begitu lengang seolah-olah memberikan ruang yang cukup untukku berbicara dari hati ke hati dengan Abdullah.
"Ini kali pertama kau bertanyakan soalan kepadaku tentang perempuan. Hai, sudah kau jualkah prinsip kau selama ini. Kau kan tak mahu menjadi hamba cinta?!" Memang hebat Abdullah kalau diberikan peluang untuk menyindir. Mungkin dia terlupa bahawa dia hanya menumpang keretaku untuk datang ke sini atau dia sudah bersedia untuk balik dengan hanya berjalan kaki.
"Jawab soalan aku dulu.."
"Rupa-rupanya, manusia berhati batu macam kau pun tahu erti cinta…" Abdullah belum puas lagi menyindir nampaknya

"Jawab soalan aku dulu.." Aku memohon untuk kali kedua.
"Baiklah Muhammad, aku tahu sejak malam tu kau sebenarnya ingin mengenali dia. Orang seperti kau ni Muhammad hanya akan 'kalah' dengan kaum yang spesis dengan kau saja. Maksud aku, yang boleh diajak berbincang tentang perkara-perkara yang kau minati yang kebanyakannya adalah membosankan!"
"Jawab soalan aku dulu.." Aku ulangi permintaanku untuk kali seterusnya.
"Ok.. dia, namanya kau sudah tahu. Seorang yang pendiam dan suka menulis. Menurut kakakku yang sebilik dengannya, dia ni sering bangun awal. Sebelum pukul 5 sudah di atas tikar sejadah. Bukan macam… "
"Aku? Hai.. kau ni silap tuju. Kau yang bangun lewat Abdullah.. ok, teruskan."
"Kalau kat asrama, dia ni suka baca Al-Quran, tak suka bersembang kosong, tak suka jalan-jalan dan banyak lagi yang dia tak suka.." Abdullah dengan selamba menceritakan segala-galanya.
"Lagi.. negatifnya?"
"Negatifnya.. banyak.." Abdullah tersenyum sejenak. Lalu menyambung,
"Negatifnya.. pelajaran dia agak sederhana. Tapi bagi aku, itu tidak menjadi masalah. Cuma.. aku tak pasti adakah kau akan setuju dengannya jika aku menyatakan sesuatu."
"Apa dia..? Negatifkah?"
"Tidaklah negatif sangat, namun bertentang dengan aliranmu. Dia terlibat dengan satu pergerakan… rahsia! Maksud aku, pergerakan yang memperjuangkan sesuatu yang tidak selari dengan undang-undang demokrasi."
"Gerakan militankah?"
"Mungkin, namun aku tak pasti. Sebab aktiviti mereka terlalu rahsia. Kau mungkin maklum, manhaj mereka berasaskan semangat 'hazar' yang dididik oleh gerakan Ikhwanul-Muslimin. Ketaatan mereka kepada amir mereka melebihi ketaatan mereka kepada sesiapa saja.. termasuklah ibubapa mereka sendiri!!"
"Sampai begitu sekali.. matlamat mereka?"
"Sama macam kau, memperjuangkan Islam! Tapi mereka lebih praktikal. Mereka dilatih dengan marhalah-marhalah tarbiyyah mereka sendiri. Dan mereka menyintai syahid. Tidak macam kita rasanya, kita bercakap tentang Islam, tapi kita berehat lebih banyak dari bekerja! Dan kau jangan terkejut kalau mereka sebenarnya mempunyai hunungan dengan rangkaian peringkat nasional malah antarabangsa termasuk gerakan Hamas dan Briged Aqsa di Palestin!"
"Kalaulah.. aku memilihnya menjadi teman hidupku, adakah ketaatannya kepada jemaahnya melebihi ketaatan kepadaku sebagai suami?" Aku mengutarakan soalan bonus untuk Abdullah.
"Aku pasti, dia akan memenuhi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Namun kalau kau harap dia akan memecahkan rahsia gerakannya dan menderhakai bai'ahnya kepada jemaah, lebih baik kau bercinta dengan bulan sahaja!"

…………………………………………

Aku tidak tahu kenapa aku harus memilih dia. Dia bukanlah yang tercantik di bumi ini. Aku pasti. Tidak juga yang terkaya. Jauh sekali dari yang terbijak di dalam pelajaran. Namun aku yakin, dia yang terbaik untukku. Ciri-ciri muslimah sejati terserlah ketara pada dirinya yang membuatkan diriku terasa tenang sekali apabila memandangnya. Langkahnya yang teratur dan pandangannya yang dijaga adalah benih-benih keimanan yang terserlah dari hati yang dididik dengan ketaqwaan. Tapi persoalan yang dibangkitkan oleh Abdullah membuatkan aku termenung sejenak. Bolehkah aku hidup dengan orang yang berlainan aliran perjuangannya denganku. Bahagiakah aku?
"Ustaz sudah fikirkan masak-masak..?"
"Bukan setakat masak, ana rasa sudahpun rentung. Cuma bagi pihak ustazah, adakah ustazah setuju menerima ana. Maksud ana, dengan segala kekurangan yang ana miliki.
"Ustaz orang famous. Siapalah ana. Ana rasa tak layak sebenarnya." Dia merendahkan diri namun dalam intonasi suara yang masih terkawal.
"Ini bukan soal famous atau tidak. Sekurang-kurangnya, sebelum ana ke bumi ambiya' ana sudah mempunyai 'ikatan' di sini. Dan ana memilih ustazah yang ana yakini boleh menjadi ibu kepada anak-anak ana nanti." Aku berterus-terang. Dari mana datangnya kekuatan untuk berbuat demikianpun aku tidak tahu.
"Ustaz tidak main-mainkan ana?"
"Hanya orang yang tidak ada perasaan sahaja yang sanggup main-mainkan perasaan orang lain."
"Jemputlah ke rumah, jumpa dengan ibu ayah ana.." Dia terus mematikan talian telefon. Pantas dan cepat. Kak Yang yang aku tugaskan untuk menjadi 'perisik'ku memang sudah memberikan amaran kepadaku, orang ini jarang sekali bergayut di telefon apatah lagi dengan lelaki bukan mahramnya.

…………………………………………

Sudah lima bulan aku di bumi ambiya', suasana pembelajaran di sini jauh lebih mencabar dari yang kuperolehi di bumi Malaysia. Benarlah kata orang, bumi ambiya' ini mengajar kita berdikari. Hilang seketika soal cinta dari benak fikiranku. Namun kekadang bayangannya tetap mendatangi ruang mata terutama ketika aku merebahkan badan. Namun seperti yang sering kutegaskan padanya..
"Mungkin cinta ana pada enti sudah cukup besar, namun cinta ana pada ilmu dan juga kepada Allah jauh lebih besar.." dan dia akan terus menyambung, "Mungkin ketaatan ana pada akh cukup dituntut, namun ketaatan ana pada perjuangan dan jemaah lebih-lebih lagi dituntut.."
Dan biasanya aku akan 'cemburu' dengan kata-katanya. Namun akan terus kubisikkan kepada diriku, bukankah dia taat kepada perjuangan dan kenapa aku harus cemburu. Dia juga berjuang dan perjuangannya juga kerana Allah. Cuma, apa yang menjadi rahsia ialah langkah-langkah pergerakannya yang sehingga kini masih menjadi misteri bagiku. Hari itu, selepas menadah kitab Al-Umm dengan seorang senior di Rumah Melayu, aku bergegas ke Ciber Café yang menjadi rumah 'kedua'ku. Ku buka laman web Utusan Online, satu tajuk berita yang cukup menarik perhatianku, "SEORANG WANITA MALAYSIA TERLIBAT DALAM SERANGAN BERANI MATI DI TEL AVIV' Ku tinggalkan seketika pelayar web tersebut apabila satu lagi pelayar web menunjukkan mesej : "you have 1 unread message' namun jangkaanku meleset apabila inboxku hanya dihiasi dengan e-mail dari Abdullah dan bukan dari si dia yang kunanti-nantikan. "Muhammad, kau apa khabar? Muhammad, aku ada satu khabar penting. Aku harap kau tidak terkejut. 'Dia' yang kau amanahkan padaku untuk 'tengok-tengok' telah diperintahkan bersama-sama kawan-kawannya untuk ke Palestin membantu Gerakan Briged Aqsa melakukan serangan istisyhadiah ke atas Israel. Ini kerana rakyat Malaysia yang memasuki Israel tidak akan disyaki apa-apa kerana dianggap sebagai pelancong. Muhammad, kau lihat tajuk berita hari ini, wanita yang terkorban dalam serangan istisyadiah itu ialah 'dia', tunang kau yang kau perintahkan untukku menjaganya. Maafkan aku Muhammad..!!" Serta merta ku teringat panggilan telefon darinya beberapa hari yang lepas,
"Akhi, kalaupun cinta kita tidak bertaut di dunia, biarlah ia bertaut di syurga. Kerana cinta kita ialah cinta perjuangan..!!"
Seterusnya, aku rebah dari kerusi dan kudapati alam di sekelilingku gelap gelita!

26.3.10

Story after a month...

Bismillahirrahmaanirrahim...

Wauuu, it has been a very long time since I don't update my blog. I wrote my last post pon, when I was in Egypt about a month ago. Sekarang saya baru realize, bukan senang sebenarnya nak ada blog ni. Ada blog tu senang, tapi nak make sure contents of the blog tu continuously updated, yang ni lah yang susah. Mungkin senang bagi orang lain, tapi bagi saya, saya perlu mencari masa dan mood yang betul2 sesuai untuk menulis. So, bagi siapa-siapa yang mampu update blog everyday or once weekly,bagus betul la korang nih. Toiiiingggggg!!!(tabik springggg..)

Sebenarnya, hati terasa ingin sangat mencoret segala kenangan dan peristiwa di layar blog ini sekembalinya dari Mesir. Being in Egypt was one of my sweetest memory with my friends there. Thanks to all of u!

08 . 02 . 2010

I'm back to Jordan. Sampai depan pintu sakan kuning around jam 9 malam. Apa hasil dari Mesir??? 1 full-packed luggage + 1 packed-box. Memang betul-betul terkena penangan shopping di Mesir. Tapi tu bukan untuk diri sendiri je, mostly untuk orang-orang lain. Alhamdulillah, selamat sampai ke teratak kuning ni tanpa berlaku sebarang kejadian tak diingini.

Then, around 2 pagi tu, dah kena berkumpul balik kat bawah sakan sebab nak bertolak ke Mu'tah untuk menghadiri program PERTAMA. It was totally a tiring day. And as expected, dalam permulaan majlis tu, memang tak mampu bertahan lama. Hee.. Anyway, both Ustaz Hasrizal and Ustaz Maszlee Malik were very good in giving their talk. Setiap lontaran idea dan susunan kata-kata mereka sememangnya memberi impak kepada setiap yang mendengar ketika itu. Mereka professional, mereka Islamik. Ya, ini merupakan kombinasi ideal untuk membina kembali tamadun yang unggul dan membuka kembali pandangan masyarakat bahawa umat Islam itu hebat sebenarnya. Both of you really inspired me. Teringat kata-kata seorang kakak, "Islam itu hebat, orang yang membawa Islam hebat. Oleh itu, jadilah kamu dalam kalangan orang-orang yang hebat." Setuju??? ('',)

22 . 02 . 2010 - 25 . 02 . 2010

Debat Piala Presiden PERMAI kembali lagi!!! Undeniably, minggu ni sangat-sangat memberi tekanan. Setiap hari kena prepare tajuk baru. Sepanjang minggu ni, mata absolutely lebam sebab sepanjang minggu kena stay up for preparing the next round. Semua jadi tak keruan dalam minggu ni. Study tak sempat nak revise, having sleep disorder and so on. But, at last everything paid off. Alhamdulillah, ku panjatkan syukur padamu Ya Rabb. Kumpulan kami menjadi johan untuk kategori akhowat dan layak bertemu pasukan syabab di gelanggang final. Tapi, kurang bernasib baik, di medan final, tewas pada pasukan syabab. But still, alhamdulillah. Niat asal hanya ingin cuba-cuba menyertai, tetapi rezeki hingga ke final Allah kurniakan. Alhamdulillah.

Bukankah untuk menjadi seorang da'ie yang hebat, kita perlu miliki kemahiran komunikasi sosial yang hebat. Setuju???

14 . 03 . 2010 - 25 . 03 . 2010

Fatrah imtihaan bermula...... Ouhhh!!!Banyaknye nak kena baca.. Tapi apa boleh buat, this is life as a dental student here. Continously-supplied with exam. Nanti dah makin meningkat tahun, lagilah berganda-ganda exam... Hmmmm... Papepon, bak kata seorang kawan, "Jangan mengeluh..."

26 . 03 . 2010

Alhamdulillah, kholastu imtihaan embaarih... Exam dah habis semalam. Alhamdulillah. Dan sebab tu jugaklah, hari ini dapat mencari ruang dan peluang untuk update blog ni. Walaupun exam dah habis, tapi kebebasan dari exam ni sementara je. Tak lama lagi exam balik bulan 4 nanti... Papepon, "Jangan mengeluh..."

Kuatlah duhai hati...

Sebenarnya hati ini cinta kepadaMu
Sebenarnya diri ini rindu kepadaMu
Tapi aku tidak mengerti

Mengapa cinta masih tak hadir
Tapi aku tidak mengerti
Mengapa rindu belum berbunga
Sesungguhnya
Walau ku kutip semua permata di dasar lautan
Sesungguhnya
Walau ku siram dengan air hujan dari tujuh langitMu
Namun cinta takkan hadir
Namun rindu takkan berbunga
Kucuba menghulurkan
Sebuah hadiah kepadaMu
Tapi mungkin kerana isinya tidak sempurna
Jika tidak mengharap rahmatMu
Jika tidak menagih simpati padaMu Ya Allah
Tuhan hadiahkanlah kasihmu kepadaku
Tuhan kurniakanlah rinduku padaMu
Moga ku tahu syukurku hanya untukMu..