9.4.10

Rama-Rama Itu Idaman Kalbu...

Rama-Rama dan Wanita
www.iLuvislam.com
Dr. HM Tuah

Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jemari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi dan diidamkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada ketulenan dirinya menjaga maruah dan nilai diri.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.
Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan.

Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu diri dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu diri digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan kamu dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Kamu tidak muncul sendiri, sebaliknya kamu adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak kamu ialah memelihara kehormatan. Selama mana kamu memelihara kehormatan dan maruah diri, kamu berada pada posisi terbaik. Tetapi, sebaik sahaja kamu tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, kamu sudah kehilangan masa depan. Andainya rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika kamu tidak pernah tahu kewanitaan kamu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, kamu ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga dirimu??? Semakin sukar kamu dimiliki semakin mahal nilai dirimu di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi dirimu. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna badanmu. Setelah warna- warna itu hilang dirimu dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, kamu akan lebih dihormati. Nilai kamu bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki dirimu tetapi berapa ramai yang benar-benar menyintai kamu kerana ingin menggapai redha dan cinta-Nya bersamamu. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah dirimu masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang): Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku berkata, "Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?" Baginda menjawab, "Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih, berpakaian hijau dan berperhiasan kuning...(hingga akhir hadis)" (riwayat at-Tabrani)

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam...
Semoga diriku dan dirimu umpama bidadari solehah yang menghiasi kehidupan alam...

3.4.10

Aduhai, imtihan datang lagi!!!

Bismillahirrahmaanirrahim...

Salam imtihaan pembuka layar bicara...
Entri kali ini khas ditujukan buat sahabat-sahabat yang bakal berperang di medan peperiksaan...

Usaha gigih telah kamu curahkan, sibuk bersengkang mata di saat tirai dinihari menjelma, bab demi bab kamu khatami. Benar, mungkin ada masa, kamu terdiam, hati kecilmu mengeluh keletihan.

Duhai sahabat, jangan mengeluh! Dia pandang, Dia tahu setiap kesukaran yang kamu alami. Usah bimbang, ganjaran manis sudah pasti tersedia untuk dirimu atas setiap kejerihan yang kamu hadapi. Yang penting, teruskan perjuanganmu dengan ikhlas kerana-Nya. Sesungguhnya Dia Pemilik Hamparan Ilmu Yang Maha Luas.

Ya, kamu perlu mengerah fikiran memikirkan hidangan jawapan terbaik demi mengharapkan sasaran jawapan pilihan hati itu tepat mengena! Tenangkan qalbumu, lapangkan fikiranmu, usah gentar dek bahang peperiksaan itu. Kembalikan tawakkalmu kembali pada-Nya. Paksikan segenap kepercayaanmu pada janji-Nya.

"Kerana itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin bertawakkal."
( Ali-Imran : 122 )

Kamu mampu! Selamat berjuang wahai sahabat...!!!

Semoga kejayaan dan redha-Nya sentiasa mengiringi perjalananmu dihiasi mutiara-mutiara ilmu yang telah kamu cari di dasar pencarian yang serba luas. Semoga jiwamu tenang-tenang sahaja bersemuka dengan sang soalan yang licik. Sekali lagi, gunakan kuasa tawakkal yang ada pada dirimu.

"Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin untuk menambah keimanan atas keimanan mereka (yang telah ada)."
( Al-Fath : 4 )

Bittaufeeq wannajaah lil imtihaan! ('',)

Pabila sanubari kecil berbisik...

...RENUNGAN SANUBARIKU...

Air mata

Usah kau usai, usah kau merantai jatuh ke bumi lagi
Hati
Jangan kau lemah, jangan kau alpa lagi
Kamu mesti kuat!!!

Ya Rabb Ya Maha Pengasih
Aku dambakan cinta-Mu sebelum cinta insani itu berkunjung ke hati
Andai dia bukan untukku
Hilangkan perasaan ini dari hatiku
Kuatkan hatiku bermujahadah
Melawan segala onak dan ranjau hati
Dalam perjuanganku meniti titian seni menuju cintaMu

Ingin ku dakap cintaMu yang agung
Ingin ku rasai nikmat cintaMu yang suci
Sebelum singgah cinta insani di hatiku
Andai tiba detik cinta insani itu hadir
Biarkan rasa itu terjalin bersulamkan cinta kami padaMu

Ya Rabbul 'Izzati
Sudikah Kau menerima cintaku yang hina dengan longgokan dosa ini???
Kumohon keampunanmu untuk diri yang sering lalai dan alpa
Semoga rahmatMu sentiasa hadir mendampingiku
Mengiringi duniawi dan ukhrawiku...

p/s : this is one of my favourite videos...really2 give 'something' to me..thanx to my dearest friend who introduced me to this video..