21.5.10

Coretan Hati Saya Untuk Awak...

Bismillahirrahmaanirrahim...

Pada petang yang hening ini,
aku menulis untuk dirimu...

Sahabat,

Jujur ku katakan, aku san
gat diselubungi rasa bersalah pada dirimu ketika ini. Kerana aku tidak berada bersamamu ketika dirimu dirundung masalah dan aku sendiri tidak mampu memberi kata semangat padamu di kala kepayahan itu singgah dalam jalan hidupmu ketika ini. Setulusnya, aku sendiri merasakan diriku tidak layak dalam bab memberi kata-kata nasihat tika ini. Kerana aku tahu, setiap kata-kata itu akan diuji di kemudian hari. Aku juga seperti dirimu ketika ini. Lemah dan masih lemah hingga kini. Ketahuilah, andai kau rasakan dirimu terlalu lemah ketika ini, ada insan yang lagi lemah berbanding dirimu. Aku. Insan itu ialah aku. Andai kau lihat aku sedang tertawa, mungkin sahaja tawa itu sekadar pada zahirnya sahaja. Pernah dengar tawa dalam sendu??? Itulah aku sekarang. Masih bermain dengan emosi.

Tapi masih ku ingat, di saat aku lemah, kadang-kadang kau hadir bertanya khabar dan kadang-kadang kau berikan diriku semangat untuk terus bangkit. Kini, kata-kata yang pernah kau lafazkan padaku menjadi ujian dari-Nya untukmu. Awak boleh bangkit dari kelemahan ini! Awak boleh! Sebab saya kenal awak. Hati awak kuat. Tolong cari kekuatan itu kembali! Andai kau merasakan segala beban sedang jatuh menimpa bahumu, lihat insan-insan di sekelilingmu. Masih ramai yang dihempap dan dihenyak beban ujian berganda-ganda. Jika mereka mampu bertahan dalam emosi yang melilit erat, mengapa kau tidak mampu? Mengapa aku tidak mampu? Percayalah, kita mampu!!!

Sahabat,
Di kala aku terasa kelemahan diri sedang mencengkam diriku, aku bisikkan sedalam-dalamnya pada lubuk sanubariku, "Takpe, Dia berikan aku ujian untuk berikan aku kekuatan yang aku cari!!!" Bertahan dan terus bertahan pada tapakmu. Aku faham dan mengerti keperitan rasa itu. Hati semakin berperang dengan emosi. Hati sakit, jiwa kacau, emosi rapuh. Tapi di saat ini, aku tahu tiada siapa mampu berikan kembali ketenangan dan kedamaian hati melainkan Dia Yang Maha Esa. Di saat ini, doa dalam sujud menjadi satu kerinduan untuk mengadu dan menangis padaNya. Menangislah kamu! Menangislah sepuas-puasnya. Pasti kelegaan dan kepuasan bertandang ke hatimu sejurus kau mengadu padaNya. Indahnya nikmat yang Dia kurniakan selepas ujian itu Dia timpakan. Jangan kalah pada permainan emosi, mungkin sahaja sang syaitan sedang cuba menerobos pintu itu.

"Dia (Ya'Kub) menjawab, hanya kepada Allah-lah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (Yusuf : 86)

Sahabat,
Aku, kau dan insan lain hanyalah hambaNya yang kerdil dan hina. Kita layak diuji oleh Pencipta Yang Maha Agung kerana Dia lebih mengetahui setiap apa di luar pengetahuan kita. Redha dan teruskan berdoa. Pada detik kau rebah tersungkur dek dugaanNya, ketahuilah, kasih sayangNya sedang memelukmu erat-erat. Redha dan teruskan berdoa. Jiwa kamu perlu kuat untuk perjuangan seterusnya!!! Jiwa aku juga perlu kuat untuk bersama-sama denganmu meneruskan juang ini. Aku tahu, aku akan diuji dengan setiap bait kata yang aku coretkan disini. Aku tahu, aku juga akan kembali lemah selepas ini. Aku juga mengharapkan kau dapat berikan aku secebis kekuatan di saat aku pula dirundung masalah. Sahabat lain juga, sumbangkan kasih sayang dan kekuatan kalian. Mungkin masalah aku tidak sama dengan masalah yang kau hadapi, tapi, aku sendiri punyai masalah-masalah lain yang aku sendiri tidak tahu, mahu mula dirawat dari mana. Itu bukti kasih sayangNya padamu kerana sekurang-kurangnya kau tahu akar umbi ujianmu. Tapi macam mana kalau sumbu ujian itu tidak ditemui hingga kini??? Hmmm... Teruskan berdoa...

"Dan sungguh, kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu, dan akan Kami uji perihal kamu." (Muhammad : 31)

Sahabat,
Sudah norma alam, ada jiwa-jiwa kental, ada juga jiwa-jiwa rapuh yang masih mencari tunjang untuk berpaut. Mungkin dirimu masih tergolong dalam golongan jiwa-jiwa rapuh itu. Tapi tidak mengapa. Teruskan langkahmu menyulusuri onak perjalanan ini demi mendapatkan si jiwa kental. Di sebalik setiap onak ranjau itu, tersembunyi 1001 nikmatNya. Aku sedang rapat mendaki di belakangmu menuju taman nikmatNya. Oleh itu, kau jangan jatuh. Sekali kau jatuh, kau bawa aku juga jatuh bersamamu.

Sahabat,
Maafkan aku andai aku tidak terucap sebarang kata pabila bersamamu. Kini, aku curahkan segala kata hatiku untuk dirimu. Aku juga terseksa pabila hanya mampu memandangmu dari jauh. Bukan tidak mahu menghampiri, cuma aku bimbang aku tidak mampu. Kuatlah duhai hati...

"Maka Allah melindungi mereka dari kesusahan hari itu dan memberikan kepada mereka keceriaan dan kegembiraan." (Al-Insan : 11)

Ku labuhkan tirai kata-kata ini dengan kelegaan hatiku...
Akhirnya terlafaz apa yang terbuku...

p/s : maaf, post ni lambat di publish atas sebab-sebab tertentu. Mungkin ketika post ini dak publish, kondisi kamu da ok.. Neway, ceria-ceria sokmo k... ('',)

16.5.10

Indahnya Kalamullah...

Bismillahirrahmaanirrahim...

Al-Quran telah menceritakan kepada kita semua bahawa setiap makhluk diciptakan berpasangan, menunjukkan keajaiban pada angka 2.

Termasuklah dengan angka 7, yang antaranya simbolik kepada 7 lapisan langit dan bumi, 7 hari dalam seminggu, 7 nama syurga dan neraka. Malah Al-Quran diturunkan dalam 7 cara dan sebagainya.

Dengan itu tidak hanya angka 19 sahaja yang dianggap ajaib dalam Al-Quran, ternyata juga banyak lagi ‘hint/clue’ yang menunjukkan bahawa pemilihan kata dalam Al-Quran oleh Pencipta Yang Maha Agung Allah s.w.t. dibuat “seimbang”, misalnya ikuti fakta-fakta berikut:

Jumlah kata dihitung dari teks arabnya:

Jumlah Kata Yang Berlawanan

1. Hidup (al-haya_h) : 145
2. Mati (al-mawt) : 145
3. Perbuatan baik (ash-sha_liha_t) : 167
4. Perbuatan buruk (as-sayyi’a_at) : 167
5. Dunia (ad-dun-ya_) : 115
6. Akhirat (al-a_khirah) : 115
7. Ucapan terang (al-jahr) : 16
8. Ucapan tersembunyi (al-alaniyah) : 16

Jumlah Kata Yang Berhubungan

1. Syaitan (syaytha_n) atau (syaya_thi_n) : 80
2. Malaikat (mala_ikah) atau (malak) : 80
3. Mereka berkata (qa_lu_) : 332
4. Katakanlah! (qul) : 332
5. Kecintaan (al-muhabbat) : 83
6. Keta’atan (ath-tha’aat) : 83
7. Hidayah (al-hida_yah) : 79
8. Rahmat (ar-rahmat) : 79
9. Keselamatan (as-salaam) : 50
10. Kebaikan (ath-thayyibaat) : 50
11. Kesukaran (asy-syaddah) : 102
12. Kesabaran (ash-shabr) : 102
13. Musibah (al-mushi_bah) : 75
14. Bersyukur (asy-syukr) : 75
15. Iblis (al-ibli_s) : 11

Memohon perlindungan Allah (dari iblis):

1. (al-isti’a_zhatu billaah) : 11

Berkaitan dengan fakta zaman

1. Jumlah kata “jam” : 48
2. Jumlah kata “hari [tunggal/singular]” (yawm): 365
3. Jumlah kata “hari-hari (jamak/plural)” : 30
4. Jumlah kata “bulan” (sahar) : 12
5. Jumlah kata “tahun” (sanah) dan bentukannya: 19
6. Jumlah kata “tahun [tunggal/singular]” (al-sanah) : 7
7. Jumlah kata “tahun-tahun [jamak/plural]” (sanah) :12

sumberhttp://hamowins.blogspot.com

Masya Allah,, sungguh indah karangan ayat-ayat cinta-Nya buat kita..

15.5.10

Palestin Memanggilmu...!

Bismillahirrahmaanirrahim...

Masih terngiang-ngiang di telingaku kata-kata seorang pemuda Palestin yang kutemui lebih kurang 3 minggu yang lalu, "You should be sad with this. This is not our (Palestinians) land. This is not Arabian's land. This is YOUR land, this is ISLAM's land..!"

Kata-kata ini sangat menyentuh hati. Ini kata-kata dari seorang pemuda Palestin yang masih mengharapkan kebebasan bagi negaranya yang telah dirampas rejim Israel. Tatkala mendengar kata-kata itu, baru saya faham dan mengerti. Nun di sudut hati mereka, tersimpan satu hasrat, satu pengharapan agar semua umat Islam bangkit mempertahankan hak Palestin sebagai tanah Islam. Bukan hanya bergantung dan berharap kepada rakyat Palestin sahaja untuk terus berjuang mengambil kembali hak yang telah dirampas.

Hari ini 15 Mei 2010. Genap 62 tahun yang lalu, peristiwa hitam Nakbah Palestin telah tercatat dalam sejarah. Mungkin ada yang masih kabur atau langsung tidak tahu apakah peristiwa yang tersurat di sebalik tarikh ini. Mari kita kenang dan singkap kembali tragedi hitam yang telah terakam dalam sejarah Palestin.

Artikel ini dipetik dari hasil nukilan Prof. Madya Dr. Zainur Rashid bin Zainuddin, Perunding Aman Palestin.

Noktah-noktah Penting 62 Tahun Nakbah Palestin

Apa itu Nakbah?

NAKBAH bermaksud MALAPETAKA atau BENCANA BESAR. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada pengisytiharan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara rasminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya pendudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB.

Apa kesan awal utama Nakbah ?

  1. Nakbah menyebabkan hilangnya negara Palestin daripada peta dunia antarabangsa.
  2. Lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (800 ribu orang daripada 1.4 juta) diusir ke luar negara dan 30 ribu lagi diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.
  3. 478 daripada 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948 telah dihancurkan yang melibatkan lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.

Di manakah testimoni Nakbah?

Terlalu ramai dan banyak…..

Arafat Hijazi, salah seorang saksi yang masih hidup menceritakan, “Saya melihat seorang tentera pengganas Zionis memegang saudara saya, Saliha al-Halabi yang hamil 9 bulan. Dia meletakkan senapangnya di leher Saliha lalu memuntahkan peluru sehingga Saliha terbunuh. Pengganas Zionis tersebut mengambil sebilah pisau lalu membelah perutnya sehingga terburai, kemudian mengeluarkan anak Saliha yang telah mati dengan pisau Nazinya yang mengerikan itu”.

Kem Pelarian Nahrul Barid, Lubnan 1948

Apakah realitinya setelah 62 tahun Nakbah?

1. Penjajahan dan penindasan yang berterusan sehingga mereka berjaya merampas lebih daripada 90% dari keseluruhan bumi Palestin.

2. Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu di kalangan mereka kini merengkok di dalam penjara Israel.

3. Sekatan ekonomi yang dirancang kemas sehingga orang-orang Palestin tersepit, menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.

4. Anak-anak Palestin yang telah dinafikan hak untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil.

5. Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia yang menyekat penghidupan rakyat Palestin serta menjadikan Palestin sebagai penjara yang terbesar di dunia.

6. Seramai 6.45 juta di kalangan rakyat Palestin adalah pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 62 tahun yang lalu. Inilah kes pelarian yang paling lama dan perit di dalam sejarah peradaban dunia.

7. Pembunuhan dan penyiksaan yang berterusan terutamanya di Gaza yang merupakan krisis kemanusiaan terhebat di abad ini.

8. Peningkatan serangan ke atas al-Quds oleh ekstremis Zionis yang mencabul kehormatan dan kesucian al-Quds serta projek pembinaan kuil Yahudi di perkarangan Al-Aqsa.

Apakah rancangan jangkamasa panjang mereka?

  1. PengYahudian Baitul Maqdis dan pembinaan Kuil Yahudi ’The Solomon Temple’.
  2. Pembinaan Israel Raya atau ’The Greater Israel’.
  3. Menguasai dunia antarabangsa keseluruhannya.

Synagogue Yahudi yang baru dirasmikan, jaraknya 100 meter dari Qubbatus Sahra

Apakah mereka akan berjaya di dalam cita-cita ini?

Tidak

Apakah bukti-bukti kegagalan mereka ?

  1. Kegagalan mereka untuk membina ’The Greater Israel’ walaupun setelah sekian lama mereka menjajah Palestin.
  2. Gaza kembali ke tangan Palestin dan Golan Height pula ke tangan Syria.
  3. Intifadhah menyebabkan merudumnya ekonomi Israel dan hilangnya ’rasa selamat’ di kalangan orang-orang Israel.
  4. Penghijrahan lebih 700 ribu orang-orang Israel yang melarikan diri pulang ke negara-negara Barat sejak tahun 2000 lagi.
  5. Generasi muda Yahudi mereka tidak berminat untuk mempertahankan agenda Zionis.
  6. Gagalnya regim Zionis dengan sokongan penduduk seramai 5 juta orang dan Amerika sekutunya untuk mengalahkan Gaza yang hanya mempunyai seramai 1.5 juta penduduk.
  7. Perjuangan umat Islam yang semakin kuat dan mendapat tempat di kalangan oarng-orang Palestin, bangsa Arab dan umat Islam di seantero dunia.
  8. Dan tentunya disebabkan janji-janji Allah dan Rasulullah s.a.w.

Perjuangan sudah sebati dengan kehidupan rakyat Palestin

Apakah cara terbaik untuk memenangi kembali Palestin dan al-Aqsa?

Tidak boleh tidak, kita mesti mencontohi perjuangan generasi silam seumpama mencontohi kejayaan generasi Solahuddin al-Ayyubi dengan…

  1. Menjadikan matlamat perjuangan adalah untuk menegakkan kalimah Allah swt.
  2. Membina generasi yang bertaqwa kepada Allah dan memelihara diri daripada maksiat.
  3. Membuat persediaan perjuangan yang sempurna dan amat mengambil berat terhadap isu pembebasan Al-Aqsa
  4. Menyatukan kekuatan umat di bawah sistem yang satu.
  5. Menjadikan isu pembebasan Al-Quds sebagai isu Aqidah dan isu umat Islam.

Marilah kita bersama-sama merenung kembali ayat Al-Quran:

“Janganlah kamu merasa lemah dan janganlah bersedih, kerana sesungguhnya kamu adalah lebih tinggi martabat daripada mereka sekiranya kamu beriman.” (Surah Ali Imran: 139)

Semoga kita bertemu di Baitul Maqdis.

9.5.10

Karya Buat Ma..

Puan Nik Hasni Nik Zin.
Ya, dia ibuku.
Bondaku tercinta.
Ibu yang sentiasa bertakhta di hatiku.
Dan akan terus bertakhta di situ buat selamanya.

Ma,

Sungguh, pabila berada di kejauhan ini,
Kerinduan itu sangat ku rasai.

Semakin hari semakin menebal di sudut hatiku ini.
Ingin sahaja ku berada di sana,

Ingin ku cium tanganmu,
Ingin ku cium kedua-dua pipimu di pagi hari,

Seperti dahulu kala.

Ma,

Terima kasih atas segalanya.

Terima kasih atas pengorbananmu yang tidak berkesudahan,

Pengorbanan yang kau lakukan sedari saat melahirkan anak-anakmu untuk menjengah dunia.

Terima kasih atas curahan kasih sayangmu,

Kasih sayang yang tiada bertepi, tiada mengenal erti sempadan.

Terima kasih atas setiap mutiara kata-katamu,

Kata-kata yang akan ku semat dan menjadi penyuluh hidupku.
Terima kasih atas semangat yang kau alirkan dalam diriku,
Semangat yang buatku bangkit di kala kekecewaan mula bertapak.
Terima kasih atas segalanya.

SELAMAT HARI IBU

Ku tahu,
Kata-kata ini terlalu simple untuk diungkapkan kepada seorang wanita hebat dan berjasa sepertimu.
Tapi satu yang kumahu dirimu tahu,
YA SAYANG MA...

Buat Insan-insan Tersayang..

Buat kalian yang amat aku sayangi.. Entri kali ini istimewa buat kalian.. Semoga ulangtahun kelahiran kalian kali ini menjadikan kalian sebagai hambaNya yang lebih baik dari sebelum ini.. Ketahuilah, anakmu/kakakmu di kejauhan ini sentiasa mendoakan kebaikan dan kesejahteraan buat kalian di sana.. Kuharapkan cinta dan redhaNya sentiasa menyulami dan menemani setiap nafas kalian.. Semoga pertambahan usia tahun ini diiringi mawaddah dan hasanah dariNya..

20 April 2010, Selasa...

SELAMAT HARI LAHIR AYAH...

*fatrah exam bermula...started with EP..

28 April 2010, Rabu...

SELAMAT HARI LAHIR EBY...

*masih dalam fatrah exam...

2 Mei 2010, Ahad

SELAMAT HARI LAHIR MA...

*fatrah exam berakhir...ended with OC..